Pengeluar Penghawa Dingin Utama Dunia

Di era globalisasi ini, banyak pengeluar penghawa dingin yang telah berkembang dan bergabung menjadi syarikat besar yang memberikan mereka kelebihan berbanding pesaing mereka. Persaingan dalam pembuatan peralatan HVAC (Heating, Ventilation and Air Conditioning) telah memaksa syarikat-syarikat ini untuk mengurangkan kos pembuatan, alat ganti dan perkhidmatan yang sekaligus memberi keuntungan kepada para pemegang saham.

Menghasilkan kuantiti yang lebih besar bermakna mereka mempunyai daya tawar terhadap kos bahan dan dengan itu mereka dapat menawarkan produk pada harga yang lebih kompetitif kepada pengguna.

Carrier Corporation, sebuah syarikat dari A.S. yang dinamakan sempena pengasasnya Willis Carrier masih merupakan syarikat HVAC utama. Ia adalah syarikat pembuatan bernilai $ 13.5 bilion dan mempunyai lebih daripada 43.000 pekerja di 170 negara. Syarikat Jepun seperti Daikin, Mitsubishi, Panasonic, Toshiba dan Sanyo juga merupakan pemain global. LG dan Samsung dari Korea Selatan pula sangat agresif dalam membuat produk dengan harga yang kompetitif. Manakala syarikat China seperti Haier, Midea dan GREE menghasilkan 50% dari produk HVAC dunia.

Semasa membeli peralatan HVAC , adalah idea yang baik untuk memeriksa nama jenama dan sokongan perkhidmatan selepas penjualan. Banyak pengguna memilih harga unit tetapi lupa bahawa perkhidmatan selepas jualan adalah sama pentingnya. Cepat atau lambat anda perlu membuat servis penyaman udara anda. Pastikan alat ganti mudah didapati dan harganya berpatutan.

Carrier Corporation

Carrier Corporation mempunyai kemudahan pembuatan di seluruh dunia dan merupakan pengeluar penghawa dingin terbesar di dunia. Syarikat ini pakar dalam aplikasi HVAC bangunan komersial seperti chiller dan air side equipment. Produk lain termasuk package indoor and outdoor units, split unit dan peralatan pemanasan seperti boilers dan relau. Nama jenama yang dipasarkan selain Carrier termasuk Bryant, Payne, Weathermaker, Weathermaster, Centurion (unit atap) dan Aquazone (pam haba sumber air).

Daikin Industries

Daikin Industries dari Jepun adalah pelopor dalam sistem HVAC VRF atau Variable Refrigerant Flow (VRF). Syarikat ini memanggil sistem ini VRV atau Variable Refrigerant Volume dan telah berjaya dalam bidang ini. Sistem ini mengubah aliran pendingin ke bilik / ruang yang memerlukan penyejukan atau pemanasan bergantung pada permintaan. Ia juga dapat menyediakan pemanasan dan penyejukan pada masa yang sama di pelbagai bahagian bangunan.

Syarikat telah menguasai OYL Group, sebuah syarikat Malaysia pada tahun 2006 dan dengan itu ia kini memiliki jenama seperti McQuay (HVAC), J&E Hall (Refrigeration & HVAC) dan AAF (American Air Filtration). Dengan penguasaan tersebut, Daikin Industries kini menjadi pengeluar HVAC kedua terbesar di dunia selepas Carrier Corporation.

Pemain industri lain dari Jepun yang berada di pasaran adalah Mitsubishi, Panasonic, Toshiba dan Sanyo.

LG and Samsung

LG dan Samsung dari Korea Selatan sangat agresif dalam meningkatkan jumlah produk eletronik di peringkat global. Produk eletronik mereka dijual dengan harga yang kompetitif dan telah memasarkan produk ini ke seluruh dunia. Keupayaan untuk memasarkannya secara kompetitif adalah kerana jumlah pengeluaran mereka yang tinggi.

Haier, Midea dan GREE 

Pengilang-pengilang dari China ini telah menghasilkan gelombang dalam hampir setiap produk pengguna di seluruh dunia. Ini kerana kos buruh dan material yang lebih rendah dibandingkan dengan negara-negara maju. Di dalam pembuatan HVAC, pengeluar penghawa dingin utama adalah Haier yang berpusat di Qingdao, China. Haier juga membuat perkakas rumah lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan produk barangan eletronik  yang lain.

Midea yang berpengkalan di Shunde, Guangdong juga menghasilkan HVAC dan peralatan rumah lain seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh, pembakar roti, mesin basuh pinggan mangkuk, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi dan pembersih vakum. Produk mereka dipasarkan dibawah jenama “MIDEA”.

GREE Electric Appliance, syarikat yang berpengkalan di Zhuhai, Guandong juga menghasilkan peralatan HVAC dan peralatan-peralatan rumah  yang lain. Produk mereka dipasarkan dengan jenama “GREE”. Gree adalah pengeluar penghawa dinginuntuk kediaman yang terbesar di dunia.