6 Tips Aircond Menjimatkan bil elektrik
Ikuti tips ini untuk menjaga unit aircond anda supaya bererja dengan cekap sepanjang musim panas namun menjimatkan bil elektrik .
Hari-hari yang paling panas pada musim panas membuat unit aircond anda bekerja dengan lebih keras. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil-bil utiliti , menjimatkan tenaga, meningkatkan keselesaan dan memaksimumkan kecekapan apabila aircond amat diperlukan untuk memastikan keselesaan anda.
1. Periksa Penapis(filter) anda.
Periksa penapis udara sekali sebulan dan bersihkan. Ini adalah penting terutamanya semasa musim panas apabila habuk dan alergen banyak. Jika penapis menjadi tersumbat, sistem penyaman udara (aircond) anda akan perlu bekerja lebih keras untuk membekalkan anda udara sejuk.
Membersihkan penapis adalah salah satu kaedah yang paling mudah dan paling berkesan untuk menjimatkan tenaga dan wang kepada penggunaan penyaman udara anda. Seperti menukar minyak enjin kereta anda, ia adalah satu langkah yang kritikal dalam mengekalkan kesihatan jangka panjang sistem penyaman udara
2. Pastikan Aircond terlindung.
Penghawa dingin dengan teduhan yang betul boleh beroperasi dengan lebih cekap. Udara di dalam ruang yang teduh lebih sejuk daripada udara sekeliling, Bermakna penyaman udara anda akan lebih mudah penyejukan udara
3. Jangan sentuh alat kawalan untuk menjimatkan wang.
Ingatlah bahawa setiap 1°C anda turunkan bawah dari 25°C, kenaikan penggunaan tenaga anda ialah kira-kira 8%. Jika bil elektrik bulanan anda adalah kira-kira RM100, anda akan menjimatkan RM8 sebulan dengan SETIAP °C anda naikan di atas 25°C.
4. Elak kebocoran udara.
Elakan dari menyejukan seluruh kampung/taman! Anda mahu udara sejuk anda kekal dalam ruan dan udara panas untuk kekal di luar ruangan. Beberapa langkah asas boleh diambil bagi mengelakkan kehilangan udara apabila anda memerlukan udara sejuk. Tutup atau “seal” bukaan dan rongga yang ada. Tambahkan penebat sekitar saluran penyaman udara.
5. Tumpukan lanskap adan struktur di sekitar rumah.
Pastikan laman tidak dipenihi dengan landskap-landskap yang meningkatkan penyerapan haba. Terutamanya di Timur dan Barat rumah.
10. Hubungi teknisyen profesional.
Setiap unit penghawa dingin perlu diperiksa, dibersihkan dan diservis oleh seorang profesional sebelum musim panas bermula. Biasanya kos menyelenggara penghawa dingin oleh seorang profesional adalah antara RM100 ke RM180.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain berkaitan sistem pendingin udara boleh tinggalkan komen di bawah atau boleh hubungi hotline kami melalui call/whatsapp di talian 019 448 9203