Bahaya tidak menyelenggara aircond secara berjadual!

Kita perlu akui bahawa banyak ancaman bahaya jika tidak menyelenggara aircond secara berkala atau berjadual. Unit penyaman udara atau aircond adalah satu cara biasa yang digunakan untuk mengawal suhu dalam sesuatu ruang seperti rumah dan pejabat. Ia dapat membantu untuk mengekalkan ruang pada suhu yang selesa, selamat dan sihat. Selagi unit penyaman udara diselenggara dengan baik, fungsi ini bebas dari sebarang bentuk ancaman yang berbahaya. Namun sekiranya aspek penyelenggaraan diabaikan ia boleh menjadi ancaman kepada anda dan keluarga.

Apa yang Bahaya?

Kegagalan untuk menyelenggara penyaman udara secara berjadual boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan melalui kitaran udara. Penyaman udara amat efektif dalam menyebarkan udara didalam sesuatu ruang. Ini bermakna sekiranya terdapat kotoran atau pencemaran pada unit penyaman udara ia boleh menyebarkan udara yang tercemar tadi ke keseluruhan ruang pejabat, bilik mahupun rumah.

Pencemaran atau bahan cemar yang terperangkap didalam sitem penyaman udara beleh menyebabkan beberapa masalah. Antaranya  Asma, Alahan dan Resdung. Masalah ini selalunya berpunca dari kegagalan menyelenggara penyaman udara secara berjadual. Menyebabkan debu, kotoran dan zarah-zarah yang menjadi punca alahan berkumpul dan berkitar dalam ruangan apabila penyaman udara dihidupkan.

Keadaan lebih berbahaya apabila BAKTERIA, VIRUS atau KULAT masuk ke dalam sistem penghawa dingin. Pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari mikro organisma terbabit akan desebarkan kedalam kitaran udara. Penyakit yang kerap tersebar melalui penyaman udara yang kotor adalah “Legion”. Penyakit Legion berpunca dari bekteria legionella yang hidup didalam air. Legionella biasanya boleh dijumpai didalam air dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berbahaya. Apabila penyaman udara dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang teratur, bakteria ini tadi boleh membiak didalam sistem penyaman udara. Titisan air yang tercemar tadi akan disebar oleh penghawa dingin, menyebabkan penyebaran penyakit di keseluruhan ruangan bangunan. Penyakit ini menyebabkan symtom seperti selesema dan boleh menyebabkan kematian antara 10%-15%.

Mengelak Masalah

Cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah ini hanyalah dengan memastikan penghawa dingin anda diselenggara dengan baik, kerap diperiksa, dan sentiasa bersih.

Pembersihan biasa terutama di bahagian “intake” dan “outlet” diperlukan untuk mengelakkan masalah berkaitan dengan asma atau alahan. “Intake” dan “outlet”  bukan sahaja bahagian yang paling mudah dicapai dan dibersihkan, tetapi juga tempat dimana habuk dan bahan lain cenderung untuk terkumpul. Bagi pemeriksaan yang lebih teliti, pembersihan oleh profesional  seperti Aircond Clinic juga perlu dari masa ke semasa. Tetapi yang paling penting kita sendiri perlu memastikan tiada habuk terkumpul bagi mengelakan ancaman dan bahaya.

Penyelenggaraan yang kerap, pemeriksaan dan pembersihan adalah cara yang rerbaik untuk mengelakkan penyebaran penyakit seperti Legion. Ini akan memastikan bahan cemar dan agen-agen punca penyakit lain seperti virus dan mikro organisma dapat disingkirkan sebelum berpeluang untuk membiak ke tahap yang berbahaya. Adalah disyorkan sistem penghawa dingin diperiksa, dibersihkan dan diservis sekurang-kurangnya sekali setahun oleh profesional. Amalan terbaik ialah sistem penghawa dingin ini diperiksa semasa musim tengkujuh/hujan. Bermakna ia diperiksa dan berada dalam keaadan baik sebelum digunakan secara maksimum pada musim panas. Ia juga penting kerana sepanjan tempoh penggunaan yang rendah boleh memberi ruang kepada bahan cemar dan bakteria untuk membiak.

Terdapat juga beberapa langkah lain untuk mencegah bakteria seperti legionella dari membiak. Antara lain adalah dengan memastikan tidak membiarkan penghawa dingin anda langsung tidak digunakan. Air seharusnya dibiarkan terus mengalir dan tidak pegun atau bertakung.Kerana air yang bertakung membolehkan agen-agen punca penyakit tadi berpeluang untuk membiak.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain berkaitan sistem pendingin udara boleh komen di bawah atau boleh hubungi hotline kami melalui call/whatsapp di talian 019 448 9203